FASTABIQUL-KHOIRAT

"Dan berikanlah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas di jiwa"

Tuesday, February 10, 2009

Suci Sekeping Hati

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Sunday, February 8, 2009

BOSANNYERR

"Ya Allah, bosannya", Aku merungut sendirian. TV di hadapanku menyiarkan sebuah drama tapi fokusku bukan di situ. Mataku tertancap di kaca televisyen tapi fikiranku melayang jauh. Bukan berangan tapi aku berfikir dan merancang. Merancang aktiviti yang boleh aku lakukan untuk mengisi masa lapangku. Paper SPM terakhir, BAT telah 2 minggu berlalu, bermakna sudah 2 minggu juga aku berada di rumah. Selama 2 minggu tersebut, aku melakukan aktiviti yang sama setiap hari.Tika itu aku bertekad " aku mesti merancang sesuatu yang berfaedah untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini". Bagus-bagus! Satu tekad yang perlu ditunaikan. Aku masih lagi berfikir apa yang boleh aku lakukan selama 5 bulan di rumah. Jika diikutkan kemahuan, banyak perkara yang ingin dilakukan. Tapi seperti yang kita tahu, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Pernah satu hari aku meluahkan hasrat untuk belajar memandu kepada ibuku. Terdiam sebentar ibu tatkala mendengar kata-kataku, berubah sedikit air wajahnya. Cepat-cepat aku mengatakan bahawa aku hanya bergurau. Aku sedar bahawa ibu bapaku tidak mampu membiayai yuran kelas memandu tersebut... Namun itulah aku sebagai anak. Kadang-kadang lupa untuk menjaga hati mereka. Kadang-kadang sebagai anak aku juga lupa untuk memahami situasi dan kepayahan yang dihadapi ibu bapa apabila ingin memenuhi hasrat sendiri. Berlainan bagi ibu bapa, bukan senang untuk mereka menolak kemahuan anak-anak...SUBHANALLAH, betapa sucinya hati dan kasih sayang ibu bapa yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita..

"Ring! ring!", telefon rumahku mematikan lamunanku. Belum pun sempat aku bangun dari sofa, ibuku telah bergegas ke arah telefon. Dari perbualan yang kudengar aku yakin panggilan itu bukan untukku. Fokusku kembali pada televisyen. Alamak! Bila pula aku tukar channel tv ni, lalu cepat-cepat aku menukar channel tv kesukaanku..Aku pasti ibuku yang menukarnya ketika aku 'khusyuk' termenung. Perbualan ibu jelas di pendengaran, namun ku tak endahkan. Orang-orang tua di kampung selalu berkata "bila orang tua berborak, budak kecil tak boleh menyampuk".. aku sering memikirkan kebenaran kata-kata mereka. Mungkin mereka bermaksud perlunya menghormati orang lebih tua dan mungkin sesetengah perbualan mereka tidak sesuai didengar oleh orang-orang muda. Setiap kata-kata mereka perlu difikirkan sebaik-baiknya kerana setiap satu ada maksud lebih mendalam dan tersurat yang ingin disampaikan.

Kulihat perbualan ibu semakin rancak. Tiba-tiba aku terdengar ibu menyebut namaku dalam perbualannya..Alamak! Ada apa?. Aku menjadi penasaran dan hatiku melonjak-lonjak iangin tahu.. Aku memujuk hatiku dengan sebuah hadith, " wahai diri, sabarlah. Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman". Selesai sahaja berbual, ibu menceritakan segala-galanya, Aku terkejut dan tergamam sebentar. Aku dilamar??? Aku dilema dan fikiranku kembali menerawang ke langit malam.........
akan bersambung

Thursday, February 5, 2009

IKHLAS TAPI JAUH

Rasulullah bersabda yang bermaksud, dari Muawiyah katanya, Rasulullah bersabda, "janganlah kamu meminta-minta. Demi Allah! tidak seorang jua pun yang meminta kepadaku, yang tidak kupenuhi permintaannya. Tetapi seorang yang kuberi dengan hati enggan, maka pemberianku tidak berkat baginya."(riwayat Bukhari )

Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah yang memberi dan yang di bawah adalah yang menerima. Namun pemberian haruslah disertai dgn hati ikhlas yang sekali gus menunjukkan bahawa kita tidak berhati tamak.. Sebaliknya jika sesuatu pemberian, yang ada walau sekelumit rasa bangga, mengungkit atau tidak ikhlas, pasti akan terbatal segala pahala amalan kebaikannya...

Jadi wahai sahabat sekalian semoga apa yang kita berikan sama ada untuk rakan, ibu bapa atau sesiapa pun adalah ikhlas lillahiTaala.. Dan semoga apa jua bentuk pengorbanan yang kita curahkan di jalan Allah baik dari segi harta mahupun usaha berbaloi di akhirat kelak dan di nilai di sisi Allah Taala, AMIIN

Wednesday, February 4, 2009

ALHAMDULILLAH

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T atas kesempatan waktu dariNya dapat jua ana berkarya di blog ana sendiri... Moga2 dari sedikit ilmu dan hasil penulisan yang ana curahkan di ruangan ini dapat memberi manfaat kepada antunna semua..Besar harapan ana sekiranya ruangan ana ini mampu menjadi salah satu medan dakwah fiddunia, insyaAllah.. buat yang mengenali ana, salam rindu dan ukhwah fisabilillah.. salam buat semua :>