FASTABIQUL-KHOIRAT

"Dan berikanlah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas di jiwa"

Sunday, February 8, 2009

BOSANNYERR

"Ya Allah, bosannya", Aku merungut sendirian. TV di hadapanku menyiarkan sebuah drama tapi fokusku bukan di situ. Mataku tertancap di kaca televisyen tapi fikiranku melayang jauh. Bukan berangan tapi aku berfikir dan merancang. Merancang aktiviti yang boleh aku lakukan untuk mengisi masa lapangku. Paper SPM terakhir, BAT telah 2 minggu berlalu, bermakna sudah 2 minggu juga aku berada di rumah. Selama 2 minggu tersebut, aku melakukan aktiviti yang sama setiap hari.Tika itu aku bertekad " aku mesti merancang sesuatu yang berfaedah untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini". Bagus-bagus! Satu tekad yang perlu ditunaikan. Aku masih lagi berfikir apa yang boleh aku lakukan selama 5 bulan di rumah. Jika diikutkan kemahuan, banyak perkara yang ingin dilakukan. Tapi seperti yang kita tahu, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Pernah satu hari aku meluahkan hasrat untuk belajar memandu kepada ibuku. Terdiam sebentar ibu tatkala mendengar kata-kataku, berubah sedikit air wajahnya. Cepat-cepat aku mengatakan bahawa aku hanya bergurau. Aku sedar bahawa ibu bapaku tidak mampu membiayai yuran kelas memandu tersebut... Namun itulah aku sebagai anak. Kadang-kadang lupa untuk menjaga hati mereka. Kadang-kadang sebagai anak aku juga lupa untuk memahami situasi dan kepayahan yang dihadapi ibu bapa apabila ingin memenuhi hasrat sendiri. Berlainan bagi ibu bapa, bukan senang untuk mereka menolak kemahuan anak-anak...SUBHANALLAH, betapa sucinya hati dan kasih sayang ibu bapa yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita..

"Ring! ring!", telefon rumahku mematikan lamunanku. Belum pun sempat aku bangun dari sofa, ibuku telah bergegas ke arah telefon. Dari perbualan yang kudengar aku yakin panggilan itu bukan untukku. Fokusku kembali pada televisyen. Alamak! Bila pula aku tukar channel tv ni, lalu cepat-cepat aku menukar channel tv kesukaanku..Aku pasti ibuku yang menukarnya ketika aku 'khusyuk' termenung. Perbualan ibu jelas di pendengaran, namun ku tak endahkan. Orang-orang tua di kampung selalu berkata "bila orang tua berborak, budak kecil tak boleh menyampuk".. aku sering memikirkan kebenaran kata-kata mereka. Mungkin mereka bermaksud perlunya menghormati orang lebih tua dan mungkin sesetengah perbualan mereka tidak sesuai didengar oleh orang-orang muda. Setiap kata-kata mereka perlu difikirkan sebaik-baiknya kerana setiap satu ada maksud lebih mendalam dan tersurat yang ingin disampaikan.

Kulihat perbualan ibu semakin rancak. Tiba-tiba aku terdengar ibu menyebut namaku dalam perbualannya..Alamak! Ada apa?. Aku menjadi penasaran dan hatiku melonjak-lonjak iangin tahu.. Aku memujuk hatiku dengan sebuah hadith, " wahai diri, sabarlah. Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman". Selesai sahaja berbual, ibu menceritakan segala-galanya, Aku terkejut dan tergamam sebentar. Aku dilamar??? Aku dilema dan fikiranku kembali menerawang ke langit malam.........
akan bersambung

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home